Adakah berbaloi jika beli atau jual " Kereta Sambung Bayar" . Bagaimana dengan risiko? Tidak dinafikan ramai yang beli kereta sambung bayar. Tetapi tahukah anda apakah risiko-risiko yang akan dihadapi jika membeli kereta sambung bayar? Ada yang kata ada perjanjian, apa nak takut. Kalau berlaku apa-apa, perjanjian ini sah di mahkamah. Ya, nampak memang mudah. Hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa beli atau jual " Kereta Sambung Bayar " terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga. RISIKO KEPADA PENJUAL 1. TERBABIT KES JENAYAH Jika pihak ketiga menyalahgunakan kenderaan anda untuk kegiatan jenayah, pemilik kenderaan asal, iaitu anda akan menanggung segala risiko. Salah langkah boleh menyebabkan anda selaku pemilik asal, didakwa. 2. SAMAN Tahukah anda segala saman atau kompaun yang dikenakan terhadap kenderaan anda akan memberi kesan kepada pemilik kereta dan bukannya pihak ketiga yang membelinya? 3. PEMBELI TIDAK BAYAR ANSURAN
Selamat datang ke Kereta Sewa Seri Kembangan-Alpianza.Kami telah beroperasi lebih dari 12 tahun dan memiliki sebanyak lebih 55 buah kenderaan untuk disewakan